Polisi Butik Ash Galleri
1. Polisi Pemulangan (Refund & Return Policy)
Kami di Ash Galleri sentiasa mementingkan kualiti. Pemulangan atau pertukaran barang hanya dibenarkan dalam masa 7 hari selepas barang diterima, tertakluk kepada syarat berikut:
- Barang diterima dalam keadaan rosak (koyak/kotor) dari pihak kami.
- Kain belum dipotong, dibasuh, atau diubah suai.
- Kos penghantaran pemulangan adalah di bawah tanggungjawab pelanggan kecuali ralat dari pihak kami.
2. Polisi Penghantaran (Shipping Policy)
Pesanan anda akan diproses dan dihantar dalam masa 1-3 hari bekerja selepas pembayaran disahkan. Nombor penjejakan (tracking number) akan dikemas kini dan boleh disemak melalui profil anda atau akan dihantar melalui WhatsApp.
3. Privasi & Keselamatan Data
Maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, dan nombor telefon adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan penghantaran. Segala transaksi pembayaran diproses melalui sistem keselamatan tahap tinggi (Stripe) dan kami tidak menyimpan maklumat kad bank anda.
Sebarang pertanyaan, hubungi kami di WhatsApp: 017-9504385